Assalamualaikum WBT.
Terima kasih atas respond yang diberikan.
Soal yang berdemo tu ikut sunnah atau tak ikut sunnah, BUKAN BAHASA ARTIKEL ini. Artikel Ustaz Pahrol tu bertujuan mencari cara yang paling optimum dan terbaik untuk menzahirkan respond cinta kita kepada Rasulullah SAW.
Saya paling kesian dengan cikgu-cikgu di Islamic School di USA dan Canada sebab dalam mailing list kami, almost 100% cikgu-cikgu tu menyatakan penderitaan tugas mereka dalam nak counter attack tuduhan USA yang sekali lagi dapat membuktikan Islam ni ganas. Susah sekali nak clearkan pemikiran pelajar-pelajar sekolah di sana yang menjadi bahan ketakutan kawan-kawan non muslim. Kita mungkin tak merasanya di sini, namun saya boleh appreciate concern mereka itu sebab saya pernah berada di posisi cikgu-cikgu berkenaan.
Antara isi email di mailing list tersebut, ada guru besar sekolah Islam di sebelah South (around Texas) yang kata, hari ni si Bodoh Denmark tu hina Rasulullah SAW hanya dengan melukis karikatur. Tetapi di zaman Rasulullah SAW sendiri, orang hina Rasulullah dengan letakkan perut unta dan najis langsung di atas kepala Baginda. Orang pernah rentap selendang dari tengkuk Nabi SAW sampai berbekas merah. Namun, bagaimana respond Baginda? Ada ke Rasulullah SAW bakar rumah Abu Jahal atau sekutu-sekutunya?
Mungkin kita kata itu Rasulullah. Oh tidak, semasa Umar beberapa kali nak bertindak keras, rasulullah saw melarang beliau.
Tapi Rasulullah SAW teruskan dakwah. Paling utama, Baginda berdoa sehingga penjahat tu mati di Perang Badar, seluruh Thaif masuk Islam, bukannya dihempap dengan gunung Thaif atau Mekah. Agaknya kalau malaikat offer hari ini, mungkin ramai kita yang pilih Gunung Everest untuk hempap Denmark dan kedutaan-kedutaannya.
Sebab tu, cikgu2 tu buat resolusi, mereka tak setuju dibuat edaran Quran percuma sebagai respond. Sebaliknya diedarkan buku yang directly memperkenalkan rasulullah SAW. Mereka buat conference, panggil journalist2 ke seminar tu untuk discuss tentang peribadi Rasulullah dan mengapa Baginda terlalu istimewa untuk kita. percaya tak kalau saya katakan, orang barat tak faham kenapa kita sensitif sangat bila Nabi Muhammad SAW dihina, sebab pada mereka, kita orang Islam yang jadi pengikut Rasulullah SAW , tak istimewa pun di mata mereka.
Janganlah anggap saya dan ustaz pahrol pelik hanya kerana kami memilih untuk mengutamakan pendekatan lain.
Maaf kalau pandangan saya terlalu berbeza, ia sekadar huluran idea seorang hamba yang lemah, seperti saya.
ABU SAIF
This entry was posted
on Monday, February 20th, 2006 at 3:32 pm and is filed under Uncategorized.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.