Reply TPM

Ubah gaya hidup — TPM saran rakyat belanja berhemah, tidak membazir

 

KUALA LUMPUR

1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat perlu membuat perubahan kepada

gaya

hidup berikutan kenaikan harga runcit minyak sebanyak 30 sen seliter bermula semalam.Timbalan
Perdana Menteri berkata, rakyat perlu berbelanja secara berhemah,
berjimat cermat, tidak membazir serta mengutamakan perbelanjaan penting.

 

 

“Mengurangkan
pembaziran juga selaras dengan tuntutan Islam dan rakyat juga perlu
memikirkan alternatif seperti menggunakan pengangkutan awam untuk ke
tempat kerja,” katanya.
Beliau
berkata demikian dalam wawancara Isu Semasa Khas Bersama YAB di Angkasapuri, di sini malam ini.
Program
terbitan RTM itu turut disiarkan secara langsung oleh semua stesen
televisyen tempatan dan rangkaian radio termasuk stesen berbayar Astro.
Dalam program selama 40 minit itu, Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas

 

 

Mengenai
Isu Harga dan Bekalan Diesel, ditemu bual oleh Ketua Pengarang Bernama,
Datuk Azman Ujang dan pengantara, Imran Imtiaz Yaacob.
Harga
runcit baru petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia naik kepada
RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan
LPG RM1.75 sekilogram.

 

 

Kenaikan
itu bagi menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia
selain membendung peningkatan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.
Najib
memberitahu, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga
minyak kerana harga minyak mentah di pasaran dunia melambung tinggi
sejak tahun lepas dan sekarang berada pada paras AS$61 hingga AS$62
setong.
Katanya,
langkah menaikkan harga minyak, walaupun tidak disenangi rakyat, adaah
keputusan yang perlu dibuat untuk menstabilkan sistem pengurusan
kewangan negara.
Tambah
beliau, kerajaan sedar langkah itu menjadikannya tidak popular tetapi
ia memilih untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab.
“Walaupun
kita perlu dipilih oleh rakyat, tetapi kita perlu menjadi kerajaan yang
bertanggungjawab, yang membuat keputusan untuk rakyat dan negara dan
generasi akan datang. Bukan berdasarkan kepentingan politik sahaja,”
katanya.

 

 

Beliau
menegaskan, kenaikan harga minyak ini bagi memastikan kerajaan tidak
dituduh melaksanakan dasar makro kewangan yang tidak berhemah dan tidak
berjimat cermat.
jelasnya,
ini tidak sesuai dengan prinsip kerajaan yang menjalankan pentadbiran
yang baik, berhemah, berpandangan jauh serta menjurus kepada sistem
kewangan yang stabil.
“Pada
31 Mac ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan
membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan apabila para
penganalisis melihat angka-angka dan butiran-butiran, mereka dapati
butiran terbesar dalam belanjawan negara ialah untuk subsidi minyak.

 

“Ini tidak memberi gambaran yang baik kepada kecekapan kerajaan,” katanya.

 

 

Menurutnya, mengikut pentadbiran kewangan yang baik, kerajaan wajar menamatkan subsidi.Najib
berkata, negara-negara lain telah menamatkan subsidi minyak seperti
Indonesia, Thailand dan negara-negara maju lain di mana harga di pam
mengikut harga pasaran.
“Bagaimanapun
kerajaan tidak akan melaksanakan perkara itu secara mendadak sebaliknya
secara berperingkat dan selepas kajian mendalam dijalankan,” katanya.

 

 

Ditanya
kemungkinan dengan kenaikan harga minyak ini rakyat akan meminta
kenaikan gaji, Najib memberitahu, kemampuan untuk menaikan gaji adalah
terhad dan bergantung kepada kemampuan kerajaan.
“Kerajaan
memberi Elaun Sara Hidup (Cola) pada awal tahun ini, jadi sedikit
sebanyak kakitangan kerajaan telah dapat bantuan kewangan,” katanya.
Mengenai
kuasa pengguna, Najib memberitahu, rakyat perlu melihat kaedah
menggunakan kuasa tersebut dan salah satu daripada langkah yang
ditekankan oleh Perdana Menteri ialah mewujudkan kedai harga patut.

 

 

Katanya, sebagai pengguna, orang ramai boleh membeli di kedai-kedai tersebut.Najib
juga menyarankan kepada orang ramai mempersoalkan kewajaran harga
barang dinaikkan sedangkan kerajaan memberi subsidi minyak melalui
Fleet- card kepada 80 peratus pengangkutan awam, lori, bas dan
syarikat-syarikat pengangkutan sebanyak RM0.15.
“Jadi
kos kenaikan hanya 15 sen, bagaimana mereka boleh naikkan harga barang
sedangkan telah mendapat subsidi daripada kerajaan.
“Tolong
persoalkan sama ada mereka (pekedai) mempunyai asas yang kukuh,
tunjukkan kos mereka sebenarnya walhal barangan yang sampai ke kilang
dari pengangkutan yang telah diberi subsidi,” katanya.

3 Responses to “Reply TPM”

  1. JaZLaN Says:

    Rakyat miskin kene ubah gaya hidup nampaknya…what about rakyat kaya and golongan atasan..i wonder….

  2. AzMaNN Says:

    Tu la…aku nak tengok dulu the politicians yang start berjimat sket..nie cakap jer lbeh…

  3. JaZLaN Says:

    haha..betul azman….aku setuju…ni hidup bagai nak rak senang…!!!…

Leave a Reply