warkah berlagu pilu untukmu pak lah

dari sahabat kasim kapiting….

Assalamualaikum wbt,

 

 

 

 
Kehadapan
Pak Lah, saya doakan, Pak Lah berbahagia selalu dan sentiasa di bawah
lindunga ALLAH s.w.t dan sentiasa DIBERKATINYA.  Bagaimana tuga-tugas
harian Pak Lah?  Adakah Pak Lah sangat sibuk ketika ini, tentu sekali

kan

Pak Lah.  Adakah Menteri2 baru dan lama Pak LAh banyak membantu?
Harap-harapnya begitulah, kampung PAk Lah macam mana?  Ada PAk Lah
balik menjenguk masalah2 org kampung?  HArap-Harap adalah ya PAk LAh.

 

 

 

 
Saya
sebenarnya dah lama tak menulis, selama ini saya hanya tukang forward
email sahaja, tapi sehari dua ni, saya benar-benar runsing dan gundah
gulana, jadi saya cuba2 lah menulis suratuntuk Pak LAh, saya rasa hanya
Pak Lah sahaja yang layak mendengar kegundahan saya ni.

 

 

 

 
Pak
Lah, terkejut betul saya bila tiba-tiba sahaja tanpa sebarang salam
harga minyak naik lagi, sampai RM0.30 pulak tu,  yang saya sedihnya,
tanpa sebarang khabar berita, surat khabar tak cerita apa2, tv radio
pun tak cakap apa2, tup..tup…saya dapat SMS mengatakn harga minyak
naik.  Sedih nya hati.  Saya ingat Pak LAh adalah buat ucapan nak
mintak maaf atau nak buat penjelasan kepada rakyat, kenapa minya naik
harga tapi tak ada pun, Pak Lah buat-buat tak tahu aja, seolah2
berharap kami rakyat paham-paham aja kenapa harga minyak tu naik.  Lagi
sedih hati bila Pak Lah suruh kongsi kereta atau naik Public
Transport.  PAk Lah, saya nak tanya sikit, bila kali terakhir PAk LAh
naik Public transport, naik dalam erti kata yang sebenar, menunggu, dan
menunggu, berebut, menghidu bau-bau masam, berdiri berjam-jam.
Ops..lupa pulak nak masukkan termasuk kena bangun pagi2, subuh2 supaya
sampai opis on time. Bila ya Pak Lah?  Lepas tu Pak LAh suruh kami
berkongsi kereta, saya pun nak tahu juga, sanggup ke Pak Lah berkongsi
kereta dgn Pak Najib?  Atau dgn Menteri2 lain?  Sanggup ke Pak Lah,
walaupun destinasi nak ditujui sama, PAk Lah tahu tak, berkongsi kereta
ni banyak masalahnya. 

 

 

 

 
Memang
negara2 maju banyak amalkan cara guna Public transport, tapi Pak LAh
kan….masa saya duduk NY dulu, Pblic Transport dia baaaanyakkkk, bus
pun baaanyakkkk….train dia pun baanyakkk…selain dr tu public
transport kat sana semuanya on time….harga pulak memang
berpatutan..kat sini?  Cubalah Paklah naik Public Transport sebulan
dua, PAk LAh tahulah macam mana deritanya dan sengsaranya?

 

 

 

 
Lagi

kan

PAklah, kalau orng yang ada anak2 kecil, laki bini bekerja, susah
sangat kalau kena berkongsi kereta dan kena naik Public Transport.  Pak
LAh tak ada anak kecik, Paklah tak kena hantar anak pergi Nurserry,
kalau arwah Mak Endon ada pun, Pak Lah tak payah nak hantar dia pergi
kerja, tapi kami semua ni…kena hantar anak pergi child care, pergi
sekolah pas tu hantar bini pergi kerja lagi, nak masuk opis pulak pukul
9.00.  Dengan situasi jalan yang sesak padat ni….tak masuk akal Pak
LAh…kalau bujang2 tu..sanggup juga nak bangun pukul 4 pagi dan naik
bas pukul 6 pagi..takkan nak suruh anak yang umur 4 tahun bagun sepagi
tu dan ketika child care belum buka lagi dah kena hantar anak kat
situ..? 

 

 

 

 
Saya
nak mintak Pak lah turunkan harga pun, sudah tentu macam tak logik aja
bunyiknya….entah lah Pak LAh, saya harapkan Pak LAh boleh lah
fikirkan cara yang menguntungkan atau cara yg paling baik untuk semua
pihak…jangan lah sampai menteri2 kat sana semua senang lenang hati
riang gembira sedangkan kami sedih sengsara dan asyik bermuram durja…

 

 

 

 
Terima kasih ya Pak Lah….

 

 

Wassalam

2 Responses to “warkah berlagu pilu untukmu pak lah”

  1. AzMaNN Says:

    Baguih2…Artikel best…makan dalam betul…Memang betul pun…Most minister NATO jer..No Action Talk Only…Suruh rakyat berkorban jer lebih,diorang pulak xnak…macammane la nak lead by example nie…

  2. JaZLaN Says:

    haha….NATO…lagipun belum ade adequate penjelasan from kerajaan…hurm…bila suruh sokonh turun padang…bila mintak penjelasan lari menyorok kira duit berapa untung…keskes

Leave a Reply