Materrazi Vs Zidane
Friday, July 21st, 2006Materrazi Vs
Zidane
Piala Dunia yang
baru berakhir menamatkan debaran 30 hari sengkangan mata peminat bola sepak
seluruh dunia. Sudah tentu ramai di antara kita yang sudah muak dengan santapan
sukan ini yang disiarkan secara langsung hampir setiap hari (tidak termasuk
siaran ulangan, highlights dan juga analisis). Tidak ketinggalan juga dengan
hentaman media cetak dan elektronik yang memaparkan iklan secara “melampau”
seolah menjadikan Piala Dunia medan jualan murah, sale atau karnival membeli
belah. Tidak berakhir di situ, tawaran-tawaran menarik dari pelbagai syarikat
untuk melariskan product masing-masing turut memualkan mata dan telinga. Piala
Dunia juga tidak pernah bersih dari spekulasi dan kontroversi. Bermula dengan
isu mengatur perlawanan dalam liga Italy, Rooney dibuang padang, sehinggalah
Zidane menanduk dada Materrazi. Pemikiran umat manusia secara amnya tidak
pernah lari dari bola sepak walaupun seketika sepanjang sebulan ini dan boleh
penulis akui pembudayaan “makan bola, tido bola” sungguh sukses mereka serapkan.
Persoalan untung
rugi mengheret justifikasi panjang dalam konteks bisnes, keadilan, perang dan
keselamatan dunia. Bisnes umpamanya sudah tentu menguntungkan pembuat barangan
sukan, syarikat telekomunikasi, dan juga pemilik gelanggang futsal. Dalam soal
lain pula, tidakkah Piala Dunia mampu dilihat sebagai “alat” untuk mengalihkan
perhatian masyarakat dunia dari isu yang “layak” untuk diperkatakan dan
dipentingkan? Ini tidak ubah seperti pedekatan bijak Soekarno yang mengkaburkan
mata rakyat Indonesia dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’ untuk menutup masalah
ekonomi yang melanda Indonesia pada ketika itu. Oleh itu tidakkah wajar kita merasa
sedikit ‘jelik’ dengan sorakan dan concern kita yang berlebihan terhadap
sukan ini tatkala ‘syaitan putih’ menyembelih sesuka hati sambil ketawa
terbahak bahak melihat kita obsess pada ‘alat’ mereka seperti budak
kecil tekun bermain kereta mainan baru?
Jika ditumpukan
pada apa yang berlaku pada perlawanan akhir, sudah pasti orang lebih
memperkatakan tentang kes kad merah Zidane berbanding kualiti perlawanan secara
keseluruhannya atau siapa pemenangnya. Semua orang nampak apa yang berlaku pada
ketika itu, Namun tiada siapa yang tahu apakah sebenarnya yang dituturkan oleh
Materrazi sehingga boleh menaikkan darah pemain setenang Zidane.
Umpamakan
Materrazi sebagai musuh-musuh Islam (secara analogi sahaja). Provokasi,
tohmahan, tuduhan, kejian dan penghinaan sudah lama menjadi lauk pauk umat
Islam di atas nasi putih yang suci. Masih ingat lagikah sahabat semua pada kes
Salman Rushdie yang menghina Islam dalam bukunya ‘The Satanic Verse’? tudingan
jari dunia diketuai Washington yang “mempertanggungjawabkan” September 11
kepada Islam? isu karikatur Nabi Muhammad baru baru ini? Seorang murtad Hirsi
Ali yang terus terusan memburukkan Islam? Tidakkah semua ini dianggap provokasi
hebat musuh yang lapar dan dahagakan reaksi dan latahan mentah dari umat Islam?
Lihat pula Zidane. Seorang pemain bola
sepak tersohor yang sangat dihormati dalam arena sukan ini. Mempunyai karakter
yang sangat tenang, dan sentiasa kelihatan berfikir dan bijak. Sepanjang hampir
15 tahun kariernya sebagai pemain bola sepak professional, amat sukar untuk
kita lihat reaksi seumpama apa yang terjadi tempoh hari dari pemain ini.
Andaikan Zidane pula sebagai umat Islam (beliau dilaporkan beragama Islam dari
keturunan arab Algeria), yang tenang and full of wisdom boleh bertindak
sedemikian selepas dicerca hebat Materrazi. Sudah tentu “kasar” sungguh ayat
yang digunakan manakan tidak ditanduk dada oleh pemain se-cool Zidane. Drama
itu bermula dengan kad merah pada Zidane dan diakhiri dengan kedua-dua pemain
didenda FIFA (Zidane didenda lebih). Persoalannya di sini ialah, adakah
tindakan Zidane itu wajar atau tidak? Adakah dia dianggap mempertahankan maruah
dan diri? Mari sekali lagi kita anggapkan Zidane mewakili komuniti Islam, dan
sekiranya ditekan hebat dengan pelbagai cara termasuk lisan dah fizikal, adakah
kita patut memberikan reaksi atau adakah kita patut sabar dan berdiam diri?
Semuanya tertakluk kepada situasi dan keadaan. Walau apapun, kes ini banyak
memberikan bukti dan pengajaran secara analogi yang sesuai kepada penulis dan
semua. Musuh Islam akan buat sehabis baik untuk memporak porandakan emosi dan
mencalar maruah Islam sehingga kita marah dan bertindak balas dan akhirnya
siapa yang akan dilayangkan kad merah? Tanya pengadil.
-jazlan-