Kenyang..brrp…alhamdulillah
Hujan renyai2 dan angin sejuk di padang yang penuh ditemani itik dan sisa2nya membuatkan Sabtu ini sgt menenangkan. Biarpun tak dapat bermain bola tampar dan saudara serumah jatuh tergelincir bergelumuran lumpur, namun kekenyangan memakan mcm2 lauk hari ini sedikit sebanyak memberikan effect "high" kepada penulis. Tersenyum kambing sambil mengusap perut yang semakin membuncit, minda jauh merenung berangan tahi ayam. Apapun suasana harmoni ketika berlangsungnya pertandingan Iron Chef tgh hari tadi sedikit sebanyak mengukir perasaan puas melihat keakraban rakan senegara.
Tidak kisahla sekiranya penulis berada di sana hanya sebagai pemerhati, penyorak, pengacau, penyepoil, pemakan etc..tetapi dalam di hati bersyukur pada Nya masyarakat comel kita tidak berpecah belah. Senyuman dan gelak tawa kedengaran tanpa henti menyumbang air liur yang menyedapkan lagi masakan2 tadi dan tidak lupa juga kepada sendawa2 puas mengharumkan udara sihat di Lion’s Park, Golden, Colorado, US. Kesimpulannya, yang emo, yang manja, yang tegas, yang lurus, yang baik, yang jahat, yang telus, semuanya sama2 turun memberi keringat yang tak menitis.
Tahniah yang tidak terhingga kepada penganjur kendatipun kumpulan Katang2X tak sempat merasa makanan kumpulan lain..kesian…tidak lupa juga kepada pemenang2 dan pengalah2…bak kata klon jgn risau..kalah cuba lagi 3 tahun depan…
Tidak kira dimana letaknya perbezaan perangai, ideologi dan sebagainya, hidup bermasyarakat harus terus diberi keutamaan. Elakkan dari menekankan kelainan, hargai persamaan.
-batigol
October 15th, 2006 at 6:56 am
i like this post..aturan bahasa yang menarik..